bila dia mula bercerita ♥



karya hasil nukilan aku.
 
tajuk : Hamparan Bumi Hijau
hasil nukilan : Fatin Nur Hanani
 
Aku berjalan menempuh kekalutan warga kota
semakin telinga melebar,semakin mencucuk perit gegendang telinga
inginku berlari mencari selaut kedamaian yang abadi
tapi dimana aku sendiri tidak pasti.
 
Terusku berjalan tanpa menghiraukan penat dan lelah
peluh didahi mula menuruni ditepian wajah
terusku mengembara jauh membongkarkan anugerah Allah
 telah lama ku idamkan hanyalah keheningan malam yang indah.
 
aku terpegun disaat terhenti di antara hamparan hijau,
pohon ditebing yang mendandani pulau
terpaku dan terpesona dengan keindahannya
lalu aku mendongak ke langit mengucap syukur pada yang Esa.
 
(rangkap terakhir aku salin kat kertas lain)
kertas tu da terbuang. so sampai situ jelaa.
harap maaf. :')
 
***********************************
 
tajuk : Khilaf dan Dosa
hasil nukilan : Fatin Nur Hanani
 
Mengapa dia Si Kenit
tanpa dosa lagi suci umpama kertas putih
menjadi mangsa mereka yang busuk hatinya
kerana mengimpikan keseronokan duniawi
Si Kenit yang tidak mengerti terus disakiti
nyawanya diragut tanpa simpati
perit yang merintih dihati tiada yang memahami
tiada yang fahami
 
Mengapa mereka berdua
terus alpa dalam mengecapi setiap bicara halusnya
suara Sang Merah terus berbisik di cuping telinga
mengharapkan mereka terlena dalam keasyikan
tanpa berfikir sekelumit padah yang bakal menikam.
tanpa memikirkan maruah keturunan banga yang telah lama dibela !
 
Wahai Adam, wahai Hawa,
bangunlah kalian daripada mimpi durjana
hanya memberi kenikmatan sementara
lalu menjadi igauan ngeri selamanya
 
Sedarlah kalian , dunia hanya persinggahan semata
suatu masa pasti kita balik pada yang Esa
Tiada yang mahu dibalas kerana kelaknatan dan dosa
maka dari itulah kita perlu berusaha
mencantas segala kebusukan dan keburukan
agar diri terus dihamparkan kebahagian yang nyata.
 
********************************************
 
tajuk : Dia Batu Permata
hasil nukilan : Fatin Nur Hanani.
 
Dia umpama Sang Suria yang girang menari di langit pagi
sering memancarkan cahaya terang bak mentari
menyuluh segenap alam bestari
seindah senyuman manis Sang Pelangi.
 
Dia yang berlitup penuh keayuan
Melestarikan taman dengan penuh kesantunan
terjelma dari tubuh yang berbicara sopan
terbina lenggok ombak keimanan
 
Dirinya umpama kerdipan bintang di angkasa
kini menggembara jauh dalam ufuk nafasnya
dan suara tulus mewarisi impian bangsa
mengharapkan diri tidak hanyut dibuai masa
 
Dirinya yang disanjung bak puteri raja
hati nuraninya kini jujur penuh bermaruah
takkan tercalar sedikit pun batu permatanya
jika iman dan taqwa dijiwa tersemat indah
kerana merekalah lahirnya wanita solehah.

p/s : hakcipta terpelihara.
 


|


Copyright ©. hak milik terpelihara fatin adorable monster.


saya! Tutorial bebelan

boleh membebel disini :)
[close/tutup]